Wednesday, October 31, 2012

Jaga Makan Pun Mati...tak Jaga Pun Mati!

Seusai kenduri arwah buat nenekku yang baru kembali ke Rahmatullah, seorang jemaah surau berjenaka dengan kawannya.

"Tak Makan Ke, Din? Takkan Jaga Badan" Seloroh Jemaah A

" Saya makan sikit je waktu malam. Saya makan buah buah saja sudah lah". Kata Jemaah B

"Alaaa...Jaga Makan Pun Mati, tak Jaga pun mati jugak" kata jemaah A sambil tertawa kecil dengan anggapan statement beliau itu boleh diterima oleh semua orang. Nadanya agak kuat persis menggunakan hailer.

Aku tak rasa lawak. Pertama, kerana mati dan hidup itu ketentuan Allah. Mungkin ada juga betulnya statement beliau ini. Tapi memilih untuk sihat atau sakit adalah pilihan di tangan kita. Kedua, tentunya keluargaku terguris apabila persoalan hidup mati dibuat jenaka Raja Lawak Mega 2012 selepas kenduri tahlil nenekku yang baru sahaja meninggalkan kami.

Kurang adab dan low situational assessment  sungguh Jemaah A ini.

Terus dalam hatiku berkata:

"Kalau badan asyik sakit sahaja, keluar masuk wad hospital, tak mati-mati lagi menyusahkan." saya kira jika statement ini terpacul keluar dari mulutku tentu lain jadinya kenduri malam tu.

Sihat itu pilihan kita. Memilih untuk sakit umpama mencamppakan diri kita kedalam kebinasaan. Sihat boleh diusahakan. Tetapi jika tetap sakit selepas kita berusaha menyihatkan diri kita itu adalah dugaan daripada Allah SWT. Itu Ujian.

Memilih untuk sakit dengan merokok, excessive calories intake, makan apa saja, gula dan garam tinggi, sebenarnya kita memilih untuk sakit. Jika tidak serta merta, kemudian hari pasti akan terjangkit.

Kita boleh elak sakit dengan kita berusaha untuk sihat. Kalau makan kita tak jaga secara sihat, makan apa saja membujur lalu melintang patah, kita sebenarnya telah memilih untuk tidak sihat.

Jagalah kesihatan anda dari sekarang. Jika masih muda, umur kita tidak tahu lagi sepanjang mana. Kita perlu sihat di masa muda untuk sihat di hujung hari nanti.

Pilihlah untuk sihat.

Jangan menyesal di kemudian hari.

Hidup ini ertinya untuk memberi.


Semoga Allah mengampunkan dosa dosa Almarhumah Nenekku. Al Fatihah.


---

Nutrisi Selular Untuk Badan Anda?
Badan Sihat dengan Nutrisi yang Baik?
Ingin Langsing ?
Ingin Turun Berat Badan?

Hubungi saya sekarang 0192101788 atau
izwanrashid@gmail.com


No comments:

Post a Comment